Monday, October 1, 2012

Bersenam demi kesihatan tubuh badan



Dalam kita sibuk dengan urusan harian,jgn lupa bersenam walaupon sekejap…berapa kerap kah anda bersenam dalam seminggu???... mcm saya memang saya jarang bersenam di luar kecuali hari cuti... pegi ke taman buat aktiviti riadah yang sihat bersama dgn keluarga tetapi setiap tugas yang saya lakukan dirumah seperti menyapu,membasuh kain,basuh pinggan dan mcm2 lagi tugas yang perlu dilakukan sebagai seorang surirumah sepenuh masa,itulah senaman saya setiap hari..ianya senaman juga khusus untuk tangan,kaki dan badan..tak de la duduk rumah tu hanya menonton tv atau duduk saja2 tanpa melakukan sebarang pergerakkan..Senaman ni ada mcm2 cara andai kita lakukan dgn betul…ok hari ni sya nk cete tentang “Bersenam”…
Bersenam merupakan salah satu cara kita untuk meningkatkan kesihatan. Ramai yang tidak sedar akan kebaikkan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan..tetapi adakah anda tahu bahawa sesetengah cara atau kaedah senaman anda itu mungkin tidak menepati kaedah sebenar yang sepatutnya anda lakukan malah akn melumpuhkan keberkesanan senaman…Antara kesalahan ketika kita bersenam:-
    1.  Bersenam dengan perut kosong - apabila bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak.Sekiranya tiada bekalan karbohidrat , otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan    akan menyebabkan kerosakan pada otot ..
    2. Tidak memanaskan badan - Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot anda. Luangkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman. 
    3.  Bersenam secara keterlaluan dan tidak dilakukan secara berperingkat - Senaman adalah merupakan suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
    4. Beban yang terlalu berat - jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.
    5. Tidak konsisten - untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.
    6. Tidak minum air dengan secukupnya - Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya dengan secukupnya...
    7. Tidak menjaga pemakanan - tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam.Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.






 Jadikan bersenam sebagai amalan dalam hidup kita seharian..kesihatan yang baik datangnya dari diri kita sendiri..ceriakan hidup anda dengan cara yang sihat serta jaga pemakanan untuk kekal sihat…

No comments:

Post a Comment

Untuk dapatkan Vitamin/Supplement SHAKLEE boleh SMS 0193654673 (Ina)/ 0192955989 (Yush) @ cari di Facebook zarina aniraz

(X)