Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi Shaklee ialah memberikan
kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan
cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi
sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang
kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa
kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee,
yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru shaklee, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan Shaklee meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk
Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat
(SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol.
Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis
lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak
menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk adalah selamat dan
bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan
cecair toksik. Ini yang membuatkan Shaklee benar-benar pasti bahawa Setiap
Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
- TIDAK Mengandungi Paraben
- TIDAK Mengandungi Triklosan
- TIDAK Mengandungi Phthalates
- TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat
(SLS)
- TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter
Sulfat (SLES)
- TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
- TIDAK Mengandungi Glikol
- TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik
yang ”Volatile”
- TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
- TIDAK Mengandungi Ammonia
- TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
- TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
- TIDAK Mengandungi Formaldehyde
- TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
- TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
- TIDAK Mengandungi Toulene
- TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
- TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
- TIDAK Mengandungi Pewarna
- TIDAK Mengandungi Lemak Trans
- TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
- TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
- TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
SENTIASA BERKESAN
Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, Ia mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan Shaklee membuktikannya melalui 54
pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet
terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah
di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya
adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum
sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk
memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Menjamin Tahap Keberkesanan Yang
Hebat
- $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk
dan ujikaji
- Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya
dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
- 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time
telah diperkasa oleh Shaklee
- Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia,
Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa - 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa
oleh Shaklee
- Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara
pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
SENTIASA MESRA ALAM
Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat Shaklee telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques
Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada
tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka
yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas
sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan
lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun
gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana shaklee benar-benar
bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi
bumi.
Menjadi Peneraju dan Teladan dalam
Memulihara Alam Sekitar
- Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai
Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa
menjejaskan alam sekitar.
- Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million
Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt
Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate
Dr. Wangari Maathai
- Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
- Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
- Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
- Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
- Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij
bagi anugerah-anugerah berikut:
- 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap
Alam Sekitar Terbaik
- 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
- 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada
Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
- 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan
Climate
- 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil
Penghargaan
daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
No comments:
Post a Comment