Protein merupakan struktur utama bagi semua organ seperti, kulit, rambut, kuku dan tulang. Protein juga bahan mentah utama untuk membuat enzim penting untuk fungsi penghadaman hingga ke pembiakan. Protein amat penting untuk membuat neurotransmiter yang berfungsi dan memberi kesan pada fikiran dan mood. Protein juga adalah bahan asas penting dalam sistem imun kita untuk menghalang jangkitan kuman dan kanser.
Tubuh kita secara sendirinya tidak dapat menghasilkan protein,ianya perlu diambil dari luar untuk mengantikan protein yang telah rosak.Salah satu sumber protein yg banyak ialah dari Kacang Soya.Selain itu juga Soya kaya dengan serat,mineral,zat besi dan vitamin B komplek.
Daging haiwan memang sumber protein yang baik, tetapi pada zaman ini terdapt banyak bahan-bahan lain yang ditambahkan ke dalam daging haiwan semasa ternakan. Contohnya, antibiotik, hormon untuk ayam, racun serangga, racun rumpair yang dimakan oleh haiwan bersama rumput di ladang. mungkin anda pernah mendengar sejenis ubat yang di panggil beta agonist yang di bubuh bersama makanan lembu, terutamanya yang di import. ubat ini akan menjadikan haiwan itu sangat gemuk dan dagingnya gebu. Tetapi apabila kita makan sebahagian dari kita yang alah akan mendapat cirit birit, muntah, sakit perut dan ada yang sakit dada seperti serangan jantung, jantung berdebar dan sebagainya.
Sebab itulah ramai orang sekarang mendapat penyakit kulit dan gatal, alahan tanpa diketahui sebabnya, dulu tak ada tapi sekarang ada, dan kita tertanya-tanya dari mana datangnya penyakit itu.
Susu juga adalah salah satu sumber protein yang baik. tetapi masalah timbul kerana susu yang baik mestilah di pasteurkan, dan kebanyakan susu juga mempunyai kandungan lemak yang tinggi, dan tidak tahan lama dalam simpanan.
Akhirnya protein soya telah mendapat reputasi sebagai sumber protein yang sehat dan selamat. Protein soya tidak mengandungi lemak yang tinggi seperti yang terdapat dalam daging dan susu. Ia juga adalah pilihan yang paling baik bagi mereka yang alah pada laktos yang terdapat dalam susu dan juga mereka yang vegetarian.
Protein soya juga mengandungi sebatian tumbuhan yang dipanggil isoflavinoids yang amat berguna dalam menentang penyakit. Kacang soya telah menjadi sumber makanan utama masyarakat asian sejak berkurun dan berakar umbi dari Jepun dan Cina. Ini terbukti sejak dari abat ke 15 sebelum masehi dimana masyarakat Cina memanggil kacang ini sebagai 'sou'. Sekarang orang cina memanggil kacang soya sebagai 'ta-tou' ia itu “kacang agung”.
Cuba kita lihat sebahagian dari fungsi utama protin seperti di bawah:-
Sistem imun dan pertahananProtein adalah komponen utama leukosit atau sel darah putih yang melawan bakteria. Ini bermakna protin sangat penting untuk melawan penyakit. Protein juga amat diperlukan untuk membuat antibodi yang meningkatkan daya tahan badan terhadap serangan virus dan sel kanser.
Kulit dan rambut yang sihat90% dari kulit dan rambut kita adalah protein. Kekurangan protein mengakibatkan rambut menjadi rapuh dan juga kulit menjadi berkedut.
Tahap tenagaSemua enzim dibuat dari protein. Enzim sangat penting dalam proses menukarkan makanan kepada tenaga. Enzim juga adalah penggalak kepada reaksi kimia dalam badan. Oleh itu kekurangan protein menjadikan banyak Enzim tidak dapat dibuat atau berfungsi dengan baik dan menjejaskan pengeluaran tenaga. Protein juga menjadi bahan asas untuk membuat hormon yang mengawal kadar metabolisma, tahap gula dalam darah, hormon seks lelaki dan wanita, dan sebagainya. bayangkan kekurangan protein akan memberi kesan kepada semua ini.
Pembesaran dan baik pulih
Protein sangat penting untuk pembentukan tisu baru dan mengantikan tisu lama yang telah mati. Kita memerlukan tisu baru sekiranya kita luka, terbakar, lepas pembedahan atau lepas memotong rambut dikedai. Semua tisu ini tidak dapat diganti tanpa protein.
Keseimbangan
Protein juga memainkan peranan penting dalam menyimbangkan banyak unsur dalam badan seperti air kerana protein mempunyai keupayaan menyerap air, jadi ia penting dalam mengekalkan kandungan air badan. Protein juga penting untuk pengangkutan unsur seperti garam, potasium dan garam galian lain ke dalam dan keluar sel.
Komponen darah
Protein adalah komponen yang paling utama dalam sel darah merah dan cecair darah yang dipanggil plasma. Protein amat penting dalam pembentukan sel darah merah yang baru kerana sel itu hanya boleh hidup selama 3 bulan sahaja.
Untuk menjalankan tugasnya protein yang kita makan akan di pecahkan dan dijadikan komponen asas yang di panggil asid amino. Dari unit-unit asas asid amino inilah badan membuat protein baru yang berjenis-jenis bergantung kepada keperluan dan fungsi tisu itu.
Amino asid dipanggil blok asas protein. Walaupun terdapat lebih 100,000 jenis protein, tetapi blok asasnya hanya ada 22 jenis sahaja. Ini adalah 22 jenis asid amino yang berlainan. Dari 22 asid amino inilah badan membuat protein yang berlainan bergantung kepada jumlah rantaian, jenis asid amino dan susun atur asid amino itu sendiri.
Hubungan asid amino dengan protein samalah dengan hubungan huruf atau alfabet dengan perkataan. Kita hanya mempunyai 26 huruf dari A hingga Z. Dari 26 huruf inilah kita gabungkan hingga mendapat berjuta-juta perkataan yang membentuk bahasa kita.
dari amino asid inilah kita mendapat komponen sel. Tisu, hormon dan sebatian aktif yang lain.
Kami di Anisvita sangat2 mencadangkan untuk anda mengambil ESP dari Product shaklee yang mana telah terbukti selamat,berkesan,bersumberkan semula jadi dan halal.
1bekas ESP mengandungi 30kg kacang soya
Soya dan kesihatan wanita:-
Perubahan hormon wanita semasa menapos boleh menjadikan wanita berisiko mendapat sakit jantung dan reput tulang “osteoporosis” kacang soya mengandungi sebatian kimia yang hampir sama dengan estrogen yang dipanggil phytoestrogen dalam bentuk isoflavinoids ia itu genistein, daidzein dan glycetin. Bahan-bahan ini akan bertindak seperti estrogen dan mengurangkan kesan dan risiko semasa menapos.
Makanan soya yang di ambil oleh penduduk asian mengandungi lebih kurang 24 ke 45 miligram isoflavinoids sehari. jepun pula mengambil 200miligram sementara usa dan kanada mengambil hanya 5 milligram. Ini amat bersesuaian dengan kajian bahawa wanita Jepun amat jarang mendapat kesan menapos dan kurang risiko penyakit jantung dan osteoporosis dan mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding rakan mereka dari barat.
Untuk pengguna yg menggunakan mobile sila klik arrow sebelah "home" bahagian atas untuk melihat lebih banyak pilihan tawaran.
Jom dapatkan vitamin shaklee anda..
ZARINA (ID NO: 894471)
ZARINA (ID NO: 894471)
Hubungi saya untuk Harga dan konsultasi
SMS ke0192955989 (yus) / 0193654673 (ina)
Atau email ke aniraz.suy@gmail.com
Cari kami di Facebook http://www.facebook.com/AnisVita.AnugerahVitamin
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kulit cantik dengan protein sihat
ReplyDelete